| Junniku's Giveaway! |
Friday, 26 July 2013
JUNNIKU's GIVEAWAY OHMYGOD!
So today i'm going to talk about JUNNIKU's GIVEAWAY! I'm so excited because it's Cc cream from Etude House product! I really love etude house and want to try their cc cream! I have read so many great review about CC cream, it's seem so cool! Thankyou so much to Junniku because of making this giveaway! you are so nice^^ So everyone let's join this giveaway! no regret with join this because the stuff is so lovely. You can visit Junniku's blog to get more information. Let's hoping for better luck for this giveaway. Good luck everyone.
Saturday, 8 December 2012
DUGAAN
Assalamualaikum.
Ya, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah pasti akan menerima ujian dan tak akan terlepas diuji oleh Allah. Dan ujian ini bermacam-macam bentuk dan pastinya ada yang ringan dan ada pula terasa berat untuk dipikul. Namun hendaklah kita sedar, segala ujian yang diberikan kepada kita itu bagi memantapkan iman dan keyakinan kepada-Nya. Dan jangan lupa ya, Rasulullah juga tidak terlepas menerima ujian. Sesungguhnya ujian Rasulullah amatlah berat ketika ingin berdakwah. Dakwah rasulullah tidak pernah sepi daripada rintangan, cabaran dan dugaan tapi Rasulullah tetap tabah dan tidak pernah mengenal erti penat dan lelah. Pada waktu itu, baginda menghadapi tentangan dan halangan daripada kaum musyrikin dalam pelbagai bentuk, baik secara fizikal mahupun secara pemikiran. Walaupun demikian, baginda tidak pernah berhenti apatah lagi berundur dalam memikul beban tugas yang mulia ini.
Ujian, musibah, dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Dan hikmah disebalik semua itu merupakan kehendak Allah yang ingin menguji ketabahan serta kerelaan hati untuk menepuh ujian tersebut. Dugaan demi dugaan kadang kandang juga menduga hati dan perasaan kita. Tapi yang pastinya setiap dugaan yang diturunkan oleh Allah pasti ada hikmah dan perancangan yang lain menanti kita dikemudian hari.
Dunia ini sebagai medan ujian.
Sedarlah bahawa dunia bukan tempat kita nak bersenang lenang dan bergembira, kerana ia hanyalah tempat persinggahan seketika sebelum tiba ke destinasi kekal abadi, iaitu surga atau neraka. Tapi adakah kita akan tabah mengharunginya atau sentiasa mengeluh dan mengeluh? Kuatkah kita untuk menghadapi segala dugaan yang akan menimpa?
Jadi ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan. Bersabarlah dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat. Assalamualaikum.
Sunday, 2 December 2012
DECEMBER!
Hello December ! sudah tiga hari dah masuk bulan December. Eh , kenapa bulan December ? Bulan lain tak pulak nak updated. Nak tahu kenapa ? sebab..... Bulan December, bulan yang paling mendebarkan pada tahun ini , jeng jeng jeng. Result pmr akan keluar pada bulan ni!!! Macam tak percaya cepatnya masa berlalu. Tapi ramai tak tahu bila tarikh rasmi keputusan PMR 2012 akan keluar. Ada orang bagitahu 22 Dis, tapi ada orang lain pulak bagitahu 24 Dis. haiyo, pening pening leh. It's okay, just wait & see.
Hanya mampu BERDOA dan bertawakal menanti keputusan pada Allah yang maha Esa. sometimes, one prayer can change everything. InsyaAllah. Ya, banyakkan berdoa. Berdoalah , masih belum terlambat.
YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG KEPADAKU DAN KEPADA SEMUA SAHABAT SAHABAT FILLAHKU YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2012, KAU KURNIAKANLAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG KEPADA KAMI DENGAN MEMPEROLEH KEJAYAAN SEMUA A DALAM SEMUA MATA PELAJARAN YANG KAMI AMBIL
YA ALLAH , KAMI MEMOHON KEJAYAAN DALAM SETIAP KETENTUAN TEMPAT PARA SYUHADA' DAN KEHIDUPAN ORANG ORANG BAHAGIA SERTA KEMENANGAN MENGATASI MUSUH.
AMIN.
Mudah mudahan keputusan PMR saya dan sahabat sahabat fillahku cemerlang dan dapat membahagiakan hati kedua ibu bapa kami. Kepadamu aku bermohon dan berserah Ya Allah. Makbulkanlah doa ku dan sahabat sahabatku Ya Allah.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)





