Saturday 8 December 2012

DUGAAN

                                                                  Assalamualaikum. 



Setiap orang pasti akan diuji.

Ya, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah pasti akan menerima ujian dan tak akan terlepas diuji oleh Allah. Dan ujian ini bermacam-macam bentuk dan pastinya ada yang ringan dan ada pula terasa berat untuk dipikul. Namun hendaklah kita sedar, segala ujian yang diberikan kepada kita itu bagi memantapkan iman dan keyakinan kepada-NyaDan jangan lupa ya, Rasulullah juga tidak terlepas menerima ujian. Sesungguhnya ujian Rasulullah amatlah berat ketika ingin berdakwah. Dakwah rasulullah tidak pernah sepi daripada rintangan, cabaran dan dugaan tapi Rasulullah tetap tabah dan tidak pernah mengenal erti penat dan lelah.  Pada waktu itu, baginda menghadapi tentangan dan halangan daripada kaum musyrikin dalam pelbagai bentuk, baik secara fizikal mahupun secara pemikiran. Walaupun demikian, baginda tidak pernah berhenti apatah lagi berundur dalam memikul beban tugas yang mulia ini.  


Ujian, musibah, dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Dan hikmah disebalik semua itu merupakan kehendak Allah yang ingin menguji ketabahan serta kerelaan hati untuk menepuh ujian tersebut. Dugaan demi dugaan kadang kandang juga menduga hati dan perasaan kita. Tapi yang pastinya setiap dugaan yang diturunkan oleh Allah pasti ada hikmah dan perancangan yang lain menanti kita dikemudian hari. 


Dunia ini sebagai medan ujian.
    Sedarlah bahawa dunia bukan tempat kita nak bersenang lenang dan bergembira, kerana ia hanyalah tempat persinggahan seketika sebelum tiba ke destinasi kekal abadi, iaitu surga atau neraka. Tapi adakah kita akan tabah mengharunginya atau sentiasa mengeluh dan mengeluh? Kuatkah kita untuk menghadapi segala dugaan yang akan menimpa?

Jadi ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan. Bersabarlah dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat. Assalamualaikum.
                                                                            




                    

No comments:

Post a Comment